Terpanggil untuk menyuarakan sesuatu berkenaan hal ni sebab bg saya, Isu penganut Kristian ingin menggunakan nama Allah dalam agama Kristian amat Kritikal..

Idea untuk menulis timbul bila dengar Khatib berkhutbah mengenai isu Kalimah Allah ni di Masjid Sheikh Eusoff, Jalan DAto’ Keramat, Pulau Pinang, hari ni.. Khatib cakap, dia sangat Dukacita, Sangat Sedih bila Isu KAlimah Allah ni diperkotak-katikkan Oleh MAhkamah tinggi ciptaan MAnusia yang mana Hakimnya pun bukan beragama Islam.. “Seolah-olah ALLAH itu diperbicarakan, diheret ke mahkamah..!” kata khatib tersebut..

Khatib juga menyebut ada beberapa pemimpin rakyat (Tak sebut nama pun dah tau rasanya…Wink yang tak kisah nama Allah dipergunakan oleh umat Kristian, malah, menyokong lagi… “mintak Bishop-bishop semua undi P****** R*****” kata pemimpin rakyat tersebut..Khatib kesal kerana isu yang melibatkan agama macam ni sekali pun beliau tak bersatupadu atas nama Islam..

Dek kerana Khutbah tersebut terlalu lantang, speaker Luar terpaksa ditutup.. hanya speaker dalam yang dibuka…

Khatib menyebut lagi “Kelmarin Gereja depa kena bakaq, tup-tup haghi ni depa bagi lima ghatuih ghibu bagi pebaik gegheja.. skolah-skolah agama, masjid-masjid punya lama mintak peruntukan tak dapat-dapat! ni la contoh pemimpin yang tak tetap pendirian, semalam bantah guna nama Allah, haghi ni bagi duit sepantas kilat kat depa pi pebaik gereja..”

Khatib menyuarakan kebimbangannya.. “KITA TAKUT SATU HARI NANTI PERKATAAN KAABAH, SOLAT, ZIKIR SEMUA PERABIH PI KAT DEPA.. Bayangkan kalau nama Allah boleh digunakan oleh Agama lain.. La ni kalau depa pakai Nama Allah, Jabatan Agama boleh serbu, saman,, KAlau Nama Allah ni dibolehpakai sebab menang di mahkamah, BAYANGKAN DEPA CETAK BAJU, LETAK NAMA ALLAH, DEPA BUAT KASUT, LETAK NAMA ALLAH, DEPA BUAT CROSS SALIB, LETAK SEKALI NAMA ALLAH…”

Khatib tu berkata lagi.. “JANGAN SAMAKAN MALAYSIA DENGAN NEGARA LAIN SEPERTI INDONESIA, KAT SANA NAMA ALLAH DIGUNAPAKAI OLEH SEMUA AGAMA.. Bagi depa, semua agama membawak ke syurga. Pi tokong Cina pun ada nama Allah.. jangan bawak benda-benda macam tu kat MAlaysia ni!”

Khatib juga ada menyentuh tentang kehalusan Umat bukan Islam untuk memurtadkan Umat Islam, dengan menyebut antara langkah pertama mereka adalah menggunakan nama Allah..

Khatib juga menyuarakan rasa bimbangnya.. “Kita tak mau satu hari nanti anak cucu kita menggoncang batu nisan kubur kita sambil berkata alangkah celakanya datuk nenek moyangku ini kerana tidak mengajar aku mengenal siapa Allah yang sebenarnya!”

“La ni agama Sikh pun nak masuk court jugak, nak pakai nama Allah, depa tengok agama Kristian boleh, pasai pa depa tak boleh.. banyak mana lagi kita mau sedekah agama kita kat depa??”

“kita akan dipertanggungjawabkan di hadapan Allah di Akhirat kelak tentang kenapa kita tidak mahu langsung berjuang untuk menentang penggunaan nama Allah oleh mereka yang bukan Islam ni.. bukan nak suruh pi buat demo, tapi cukup lah sekadar kita menyuarakan rasa tak puas hati kita..”

“kita hari ni bila dengar nama Allah, tak bergetar langsung jiwa kita.. dalam Al-Qur’an ada menyebut ’sesungguhnya orang2 yg bertaqwa itu, bila di sebut nama Allah, bergetar hati mereka, dan bila di bacakan ayat-ayat Al-Qur’an kepada mereka, bertambah-tambah iman mereka..’ kita la ni, bila sebut Allah, bergetar tak hati kita? tak dak.. sebab apa? sebab hati kita ni dah buta, tuli sebab kuasa, pangkat dan duit.. nak buat apa dengan duit dan kuasa..? satu hari nanti kita akan mampuih jugak.. tinggai pi semua kat dunia…”

Ringkasannya, saya berasakan, apa yg dicakapkan oleh khatib ada benarnya, tapi sesetengahnya saya tak dapat sahihkan.. sekarang, pemimpin rakyat sanggup lakukan apa saja untuk kuasa dan pangkat tanpa mengenal erti perpaduan sesama saudara seAgama..

Terbaru, Kristian di Sabah & Sarawak dibenarkan guna nama Allah, atas alasan apa? sebab di sana dah lama dah pakai nama Allah dalam agama Kristian.. tak pa lah.. kat borneo ja kita benarkan sebab borneo takdak Sultan.., kat semenanjung di larang sebab Semenanjung ada Sultan…

Nama siapakah yang lebih tinggi di sini?

apa nasib Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Pulau Pinang yang tak dak sultan??

Kristian di negeri bersultan lain ka dengan Kristian yang tak dak Sultan?

Apa guna Yang Dipertuan Agong..?

Apa guna Sabah & Sarawak di satukan menjadi Malaysia pada 16 september 1963 kalau agama boleh split jadi dua? Macam kata khatib di atas “Brapa banyak lagi agama kita, kita nak sedekah kat orang? isu murtad pun dah tak terkawal lagi..”

Di masa hadapan - “NAma Allah telah dipermain-mainkan oleh orang yang bukan beragama Islam.. Sana-sini ada nama Allah.. Kita Umat Islam Marah2.. nak saman tak boleh.. pasai pa? tak pa lah.. kat Malaysia ja jadi macam tu pun.. Kat negara Islam lain tk jadi lagi.. Bukan dunia nak kiamat lagi pun..”