Archive for November, 2011
The Adventures Of Tintin: Secrets Of the Unicorn
by admin on Nov.14, 2011, under Hiburan
Assalamu’alaikum!
Semalam saya tengok cite Tintin ni, overall memang best.. tapi filem selama 1 jam 40 minit tu terasa macam 2 jam lebih, sebab filem dia penuh dengan pengembaraan, humor yang ringan, jalan cerita yang tak meleret-leret, animasi yg sangat canggih dan cantik,, paling suka anjing Tintin bernama ‘Snowy’ yg sangat2 bijak, berani & cute.. Memang tak rugi tengok, boleh bawak budak-budak tengok sekali..
Tapi bila saya tanya “Tau tak Tintin tu adaptasi dari komik..?” tak ramai orang tau.. rata-rata member ofis tak tau pun.. saya kenal Tintin ni pun melalui komik waktu sekolah menengah dulu (1997 - 2001), kenal la watak utama dia - Tintin & anjing putih dia, Captain Haddock & Detektif Thomson & Thompson…macam-macam episod ada, tapi yang saya penah baca dan cam cover depan dia:
nak ingat jalan cerita, sory la, dah berapa puluh tahun daa.. lupa dah…
Komik Tintin ni dah lama dah ada, terbitan pertama ‘the adventures of tintin’ ni kat Perancis, akhbar Le Petit Vingtième, dan kat akhbar Belgium Le XXe Siècle pada 10 Januari 1929 (sumber wikipedia..)
Apa-apa pun, enjoy sangat tengok Filem Tintin ni, lebih-lebih lagi kalau dah kenal watak dalam komik sebelum tengok kat filem (bukan senang nak transferkan muka kartun ‘mata titik dakwat hitam’ jadi muka macam orang betul..) ![]()
BAHAYA CERMIN MATA HITAM TIRUAN
by admin on Nov.11, 2011, under kesihatan

Kaca mata undang barah
Oleh Iskandar Shah Mohamed
KUALA LUMPUR: Pengguna kaca mata tiruan pelbagai jenama terkenal yang lazimnya dijual dengan harga semurah RM10, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata kerana tidak dilengkapi pelindung, berbanding produk tulen.
Kaca mata hitam tiruan juga mendedahkan seseorang kepada masalah kerosakan penglihatan pada jangka panjang.
Pakar Mata Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr Mimiwati Zahari, berkata kanta kaca mata tiruan berkenaan tidak mempunyai tahap saringan atau penapisan cahaya yang ditetapkan.
“Keadaan itu sekali gus menyebabkan ia gagal menahan cahaya UV masuk ke dalam mata terutama ketika panas terik,” katanya.
Menurutnya, kajian di Amerika Syarikat dan Eropah menunjukkan mereka yang memakai kaca mata hitam di bawah sinaran matahari dalam tempoh panjang, berisiko dua kali ganda mengalami kanser mata berbanding mereka yang memakai kanta dilengkapi pelindung.
Beliau berkata, pengguna terdedah kepada risiko kanser kulit di sekitar kelopak mata akibat penerimaan cahaya berlebihan tanpa pelindung.
“Pemakaian kaca mata terutama berwarna hitam tidak hanya melindungi mata daripada cahaya matahari, malah menghalang sinaran ultra ungu atau ultra violet (UV) dan infra merah.
“Pendedahan secara langsung kepada sinaran UV dan infra merah yang tidak kelihatan secara kasar itu turut memberi kesan kepada pelbagai masalah mata antaranya pterygium iaitu pengumpulan lemak di sekitar mata yang boleh masuk ke dalam bahagian kornea.
“Keadaan itu menyebabkan mata berasa tidak selesa, mudah menjadi merah dan sukar menghilangkan habuk yang melekat. Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, ia boleh menyebabkan kornea tertutup dan menghalang penglihatan,” katanya ketika ditemui di sini, kelmarin..
Menurutnya, kesan radiasi sinaran UV itu turut merosakkan retina dan berlakunya masalah katarak, iaitu penglihatan menjadi kabur.
Sementara itu Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Hatijah Hashim ketika dihubungi semalam, berkata kaca mata murah dipercayai dari luar negara itu hanya diwarnakan gelap atau dicelup dalam warna gelap, sebenarnya tidak berupaya menyerap sinaran berbahaya.
Hatijah berkata, dalam jangka masa panjang, pengguna akan berasa tidak selesa dan memberi tekanan pada penglihatan kerana kesan silau tidak hilang disebabkan cahaya yang menembusi kanta itu berserak dan pecah.
Katanya, pengguna perlu membezakan antara kaca mata murah dengan yang tulen kerana ia penting mengelak risiko terhadap kesihatan dalam jangka panjang
Info Menarik Dari Ceramah Hari Inovasi 2011
by admin on Nov.08, 2011, under Umum
Assalamu’alaikum semua..
3 November 2011 yg lepas, jabatan kimia malaysia pulau pinang ada buat sambutan Hari Inovasi..

Antara pengisian dalam sambutan tersebut adalah ceramah berkenaan Inovasi & Kreativiti dalam Jabatan @ organisasi..
Sekadar berkongsi pengetahuan,, sambutan tu dimulakan dengan bacaan ikrar dan doa, seterusnya ucapan perasmian oleh pengarah Jabatan Kimia Malaysia Pulau Pinang, Tn Hj, Shaharudin b. Hasan. Yang tak syoknya,, sebelum acara perasmian dirasmikan, gimik hari inovasi tu ‘beroperasi’ secara tiba-tiba…. sebelum majlis bermula lagi.. aduh.. penat lelah selama 2 minggu buat rehearsal gimik, sia-sia camtu je.. redha je lah..
namun, apa yang saya nak kongsi sebenarnya, ialah ceramah oleh pengarah Institut Integriti Pulau Pinang, En. Rozaidi bin Abdul Rahim Razali.. (anak dato’ rahim razali? tak kot.. takde iras-iras pun..) antara ucapan menarik beliau adalah:
1. PENGGUNAAN UBAT ANTI-BIOTIK: boleh menyebabkan masalah retro-ejaculation.. ape tu.. “maksudnya, air duit tak boleh keluar..” paham la kot no.. Beliau melakukan research dlm Google setiap kali nak ambil preskripsi yang doktor bagi. dalam kes beliau, doktor tu cakap, “u r having retro ejaculation? that’s impossible, among 10,000 people, only 1 will affected..” “well, I’M THE UNLUCKY THAT 1 PERSON!” hehe,, katanya lagi, kalau berterusan lagi ambil, maybe dia akan Impoten,, permenantly… FUH! tapi nisbahnya 1\10,000.. berani ambil?
2. KEMPEN TAK NAK MEROKOK TAK BERKESAN - Sebab apa kata beliau? sebab mindset otak kita, JANGAN ni perkataan negatif, bila disebut JANGAN, kita fikir terbalik, dia jadi “BUAT LA” so, lagi depa nak buat.. cuba cakap kat budak-budak, “jangan tengok TV dekat2, nanti mata rosak,,, huh,, lagi dekat depa tengok TV tu..” “cuba kata camni,, Ha tengok dekat lagi TV tu, kalau boleh sampai masuk dalam TV tu..” konfem depa ikut depa dok jauh dari TV tu.,.” hehe.. sama macam kempen tak nak rokok,, tak nak tu perkataan negatif.. cuba try tukar.. “Merokoklah Sampai MAti..” atau pun “beli 1 kotak, free 1 kotak, dgn syarat, hisap 6 batang sekaligus..” atau pun susah2 sangat, haramkan terus rokok kat negara Malaysia ni,, Hisap la benda lain selain rokok.. konfem kerajaan tak luluskan, tapi possible..! KAN..?
3. JARI TANGAN KITA -
Ibu Jari - Jari Paling Kuat : sebab: takde ibu jari genggam apa pun tak kuat.
Jari Telunjuk - sinonim dengan Switch finger : sebab: kita tekan suis pakai jari apa…?
Jari Hantu - Jari Paling Jahat: sebab: jari paling tinggi, boleh pijak semua jari2 yang rendah dari dia..
Jari Manis - Jari Paling sesuai sarung cincin, juga jari paling cantik. Tak gemuk mcm ibu jari, tak kurus mcm
kelingking,
Jair kelingking - jari paling kecik, halus..
Setiap jari adalah penting walaupun berbeza panjang..
Bayangkan kita bangun pagi, semua jari kita sama panjang.. macam mana nak makan nasik? Alhamdulillah Allah dah jadikan kita sesempurna kejadian..
jari paling kuat & paling banyak kita guna ialah ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu,, sama macam ketua, ada penolong kanan 1 & penolong kanan 2.. maknanya tak penting ke jari manis & jari kelingking? penting… sebab walaupun boleh buat kerja, tapi kalau takde 2 jari last ni, kerja jadi tak sempurna.. Sama macam sesebuah organisasi jabatan, tak bermakna orang paling bawah tak penting… jadi jangan memandang rendah orang yang berjawatan rendah @ kerjanya nampak ‘low class’, sebab semua kerja yang baik adalah ‘high class’ di sisi Allah s.wt…
Setakat tu saja yg menarik.. lain2 tu ada la cerita pasal inovasi & kreativiti.. kalau nak cerita kat sini, sure tak larat nak baca.. hehe..



