Author Archive
Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin
by admin on Feb.17, 2012, under isu
KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.
“Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.
Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.
“Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.
“Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya.
Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.
“Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju … ia bukannya satu bentuk sembahyang,” katanya.
Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih semalam.
Beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah “mengarut”.
Pada Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.
Post ni saya petik dari Yahoo! Malaysia.. 17.2.2012.
P/S: Dalam banyak2 menteri, saya rasa Nazri la menteri paling tak cerdik dalam mengeluarkan pendapat.. tak tau la macam mana dia dapat jadi menteri…
Forex Itu Haram, Tapi…
by admin on Feb.17, 2012, under Umum
KOTA BHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.
“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”
“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.
Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.
“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.
Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.
“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” - Bernama
Sebelum keluarnya fatwa pengharam ni, ramai ustaz-ustaz yg pakar dalam bidang ekonomi Islam seperti Ustaz Zaharudin (boleh dikenali melalui laman blog Zaharuddin.net) membincangkan isu pengharaman Forex ni…
Saya dulu pun hampir2 terjebak dengan Forex, tapi tak jadi atas dasar halal haram… yang sedihnya, sebaik Ustaz Zaharudin menge’post’ tentang Haram Forex, ramai yang menghentam, dan ada yang mengeluarkan dalil sendiri (dalil Aqliah) untuk menghalalkan Forex..
Dalam salah satu forum terkenal di Malaysia ni, juga dibincangkan isu mengenai pengharaman Forex ni.. namun sekali lagi, isu ni dapat tentangan hebat dari Otai-otai Forex,, Malah mereka berhujah “kenapa syarikat-syarikat perjudian lain seperti Genting Casino, Magnum, Toto tak diharamkan…yang tu lagi haram..” ada yang berkata, isu pengharaman ini mempunyai agenda dan berkepentingan.. ada juga yang merendah-rendahkan ke’kredibiliti’an ahli-ahli panel majlis fatwa kebangsaan, mengatakan mereka tidak berbincang dengan pakar Forex terlebih dahulu… Ada juga yang mengugut akan memangkah kerajaan alternatif….. Ada juga yang cuba mempromosi “Forex Halal”.. Ada juga yang berkata “kalau yakin (halal)-buat,, tak yakin (halal)-stop,,” (lebih kurang dengan ayat”kalau yakin butter (yang ada DNA babi) halal-makan, kalau tak yakin-jangan makan..” Ada juga yang secara sinis menyatakan “akan berhenti main forex kalau ada sesiapa yang bagi duit kat hamba Allah ni untuk dia langsaikan semua hutang dia…” Dan Macam-macam lagi lah…
Cuma satu yang saya terfikir, hebat sangatkah mereka ni nak berjuang melawan sesuatu yang telah diputuskan oleh mereka yang ‘Alim dalam hal-hal ekonomi Islam..? Dalil apa yang mereka ni semua nak pakai..?
lambakan guru sains & matematik.. Apa puncanya?
by admin on Feb.08, 2012, under Umum, isu
lambakan guru S&M3 ni jadi sebab kurang murid.. Persoalannya kenapa..?
Pendapat saya, ada kaitannya dengan industri hiburan tanah air kita sekarang… Mentaliti budak-budak & remaja sekarang, tak mengapa kalau tak pandai, janji pandai nyanyi.. Berapa banyak pertandingan nyanyian, kononnya cungkil bakat jadi bintang, paling malang, peringkat kanak-kanak pun ada pertandingan nyanyian.. Apa dah jadi dengan cita-cita budak-budak ni? Dulu cita-cita nak jadi doktor, jurutera, juruterbang, sekarang entah ke mana… Bila budak-budak sekarang lebih sukakan hiburan, belajar jadi 1 perkara yg membosankan..
Yang saya amati sekarang, pelajar sekolah rendah diajar dengan teknik menulis sifir 1-9 dgn corak tertentu yang dinamakan “lattic method”… Saya tidak begitu suka dengan teknik ni kerana ia hanya galakkan pelajar utk ingat “cara tulis sifir” shj, bukan ingt sifir tu sendiri.

lattic method untuk susunan nombor sifir. tak lengkap lagi, cuma bayangkan menulis benda ni untuk ingat sifir.. anda sanggup??
Ini yg berlaku kpd adik2 saya darjah 4 dan darjah 6.. Setiap kali hendak buat kerja sekolah, dia pi buat “corak sifir” dulu pastu baru buat kerja sekolah.. nombor yang disusun cantik tapi perlukah nombor-nombor begini ditulis berulang kali..? dalam buku latihan matematik adik saya, 5 helai kertas, depan belakang, penuh dengan method ni, satu page boleh tulis dalam 6 lattic method.. kalau 5 helai depan belakang mukasurat?? nak kata adik saya ingat sifir matematik? haramm tak ingat.. penat menulis je.. buang masa budak-budak.. benda ni secara tak langsung akan memupuk mentaliti pelajar supaya di”set” utk anggap matematik itu menyusahkan.. yang gambar tu pun saya buat pakai excel, memang la cepat, kalau menulis..??
Ada cara yg lebih seronok utk bagi pelajar ingat sifir dgn laju.. Caranya seperti cikgu tusyen saya thun 1996 buat dulu (sy darjah 6)..
1. Semua pelajar berdiri.
2. Pilih 1 pasangan pelajar (better laki & pompuan).
3. Ajukan soalan sifir dgn pantas!
4. Siapa dpt jawab dulu dgn betul & pantas, boleh duduk..
Dengan cara ni, pelajar yg asyik kalah @ lambat jawab sifir akan rasa “tercabar” dan akan hafal sifir dgn minat sekali…
Tak perlu kaedah “lattic method” atau apa2 method yang buat pelajar jd lembab sifir..
Kurangnya pelajar yg minat sains & matematik, dikhuatiri negara kita akan jadi seperti zaman arab jahiliyah,, pandai berpuisi, menyanyi tapi bila empangan runtuh, tak tau nak bina balik..
-kalau ada silap, teguran amat dialu-alukan- ![]()
