PETRASIS1

isu

Valentine: Nazri Aziz perlekeh kesucian agama Islam, kata Nasrudin

by admin on Feb.17, 2012, under isu

KUALA LUMPUR, 15 Feb — Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Nasrudin Hassan menyifatkan Datuk Seri Nazri Aziz memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mempersoalkan pengharaman sambutan Hari Kekasih di kalangan penganut agama itu.

“Itu menunjukkan betapa dangkalnya beliau (Nazri), beliau juga telah memperlekehkan kesucian agama Islam kerana mendorong umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam,” kata Nasrudin (gambar) kepada The Malaysian Insider.

Tegas beliau, Nazri, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, perlu menarik balik kenyataan itu dan meminta maaf kepada umat Islam di negara ini.

“Kalau beliau seorang yang bertanggungjawab saya nasihatkan beliau agar tidak membuka ruang untuk umat Islam melakukan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam dan rujuk perkara ini kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

“Saya minta beliau tarik balik kenyataan itu dan memohon maaf kepada seluruh umat Islam,” katanya.

Semalam Nazri berkata, orang Islam seharusnya dibenarkan untuk menyambut Hari Kekasih.

“Kenapa tidak boleh disambut? Saya tidak bersetuju … ia bukannya satu bentuk sembahyang,” katanya.

Menteri berkaitan undang-undang ini turut mengulas kenyataan menteri berkaitan Islam Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata pihak berkuasa agama Islam akan melancarkan kempen besar-besaran seluruh negara bagi mencegah umat Islam menyambut Hari Kekasih semalam.

Beliau turut mengkritik PAS kerana melaksanakan kempen menetang Hari Kekasih, dan menambah usaha seperti itu adalah “mengarut”.

Pada Jumaat lalu, Khutbah Jumaat turut melarang umat Islam meyambut sambutan Hari Kekasih kerana Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) menyatakannya bertentangan dengan ajaran Islam.

 Post ni saya petik dari Yahoo! Malaysia.. 17.2.2012.

P/S: Dalam banyak2 menteri, saya rasa Nazri la menteri paling tak cerdik dalam mengeluarkan pendapat.. tak tau la macam mana dia dapat jadi menteri…

Leave a Comment more...

lambakan guru sains & matematik.. Apa puncanya?

by admin on Feb.08, 2012, under Umum, isu

lambakan guru S&M3 ni jadi sebab kurang murid.. Persoalannya kenapa..?

Pendapat saya, ada kaitannya dengan industri hiburan tanah air kita sekarang… Mentaliti budak-budak & remaja sekarang, tak mengapa kalau tak pandai, janji pandai nyanyi.. Berapa banyak pertandingan nyanyian, kononnya cungkil bakat jadi bintang, paling malang, peringkat kanak-kanak pun ada pertandingan nyanyian.. Apa dah jadi dengan cita-cita budak-budak ni? Dulu cita-cita nak jadi doktor, jurutera, juruterbang, sekarang entah ke mana… Bila budak-budak sekarang lebih sukakan hiburan, belajar jadi 1 perkara yg membosankan..

Yang saya amati sekarang, pelajar sekolah rendah diajar dengan teknik menulis sifir 1-9 dgn corak tertentu yang dinamakan “lattic method”… Saya tidak begitu suka dengan teknik ni kerana ia hanya galakkan pelajar utk ingat “cara tulis sifir” shj, bukan ingt sifir tu sendiri.

lattic method untuk susunan nombor sifir. tak lengkap lagi, cuma bayangkan menulis benda ni untuk ingat sifir.. anda sanggup??

Ini yg berlaku kpd adik2 saya darjah 4 dan darjah 6.. Setiap kali hendak buat kerja sekolah, dia pi buat “corak sifir” dulu pastu baru buat kerja sekolah.. nombor yang disusun cantik tapi perlukah nombor-nombor begini ditulis berulang kali..? dalam buku latihan matematik adik saya, 5 helai kertas, depan belakang, penuh dengan method ni, satu page boleh tulis dalam 6 lattic method.. kalau 5 helai depan belakang mukasurat?? nak kata adik saya ingat sifir matematik? haramm tak ingat.. penat menulis je.. buang masa budak-budak.. benda ni secara tak langsung akan memupuk mentaliti pelajar supaya di”set” utk anggap matematik itu menyusahkan.. yang gambar tu pun saya buat pakai excel, memang la cepat, kalau menulis..??

Ada cara yg lebih seronok utk bagi pelajar ingat sifir dgn laju.. Caranya seperti cikgu tusyen saya thun 1996 buat dulu (sy darjah 6)..
1. Semua pelajar berdiri.
2. Pilih 1 pasangan pelajar (better laki & pompuan).
3. Ajukan soalan sifir dgn pantas!
4. Siapa dpt jawab dulu dgn betul & pantas, boleh duduk..
Dengan cara ni, pelajar yg asyik kalah @ lambat jawab sifir akan rasa “tercabar” dan akan hafal sifir dgn minat sekali…
Tak perlu kaedah “lattic method” atau apa2 method yang buat pelajar jd lembab sifir..
Kurangnya pelajar yg minat sains & matematik, dikhuatiri negara kita akan jadi seperti zaman arab jahiliyah,, pandai berpuisi, menyanyi tapi bila empangan runtuh, tak tau nak bina balik..

-kalau ada silap, teguran amat dialu-alukan- Smile

Leave a Comment more...

Sembang-Sembang Astaka 1

by admin on Jan.17, 2012, under isu

“Aku tengok SBPA ni just bela orang atas ja..”

“Ha, aku tengok pun macam tu jugak,, aku baca kat paper golongan atasan naik gaji sampai 100%.. kita gaji naik 68 Ringgit ja!”

“Hampa takpa lagi,, aku ni ha,, dah lulus PTK,, 4/4 lagi,, tangga gaji aku dah P2, masuk SBPA gaji sama ja dengan orang yang tak lulus PTK, beza brapa ringgit ja dengan hang padahal aku keja dah 5 tahun dah.. Hang lagi la untung, tak ambik PTK langsung, baru keja 2 tahun gaji beza Brapa ringgit ja dgn aku… tak berbaloi langsung!”

“lagi satu yang aku tak puas hati, kumpulan P&P dapat kenaikan pangkat tanpa perlu menunggu kekosongan… kumpulan sokongan? Hmm hampeh!”

“Tu la, kita kat K**** ni keja teruk, bos pun teruk, tapi gaji sama ja dgn jabatan lain yang keja depa lagi rilex..”

“Ni diorang nak tangguh dulu SBPA ni kira ok la skit,, mungkin depa nampak sangat kot SBPA ni bela sangat orang atas…”

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Blogroll

A few highly recommended websites...

Archives

All entries, chronologically...