PETRASIS1

Umum

Forex Itu Haram, Tapi…

by admin on Feb.17, 2012, under Umum

KOTA BHARU - Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan hari ini memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing. Pengerusi Jawatankuasa itu, Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin (gambar) berkata ini kerana perniagaan yang dilakukan melalui pertukaran wang asing seperti itu tidak menepati hukum syarak dan menimbulkan keraguan di kalangan umat Islam.

“Hasil kajian Jawatankuasa ini, kita dapati perniagaan yang melibatkan pertukaran wang asing melibatkan spekulasi mata wang dan ini bercanggah dan berlawanan dengan hukum Islam.”

“Oleh itu, Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan memutuskan bahawa umat Islam diharamkan daripada mengamalkan sistem perniagaan cara demikian,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Ke-98 di sini hari ini.

Abdul Shukor berkata banyak isu yang meragukan mengenai perniagaan pertukaran asing, oleh itu umat Islam tidak perlu menceburkan diri, tambahan pula kegiatan itu melibatkan penggunaan internet di kalangan individu, yang menyebabkan untung rugi tidak menentu.

“Lain-lain jenis perniagaan pertukaran wang asing, seperti melalui pengurup wang atau dari bank ke bank dibenarkan, kerana ia tidak menimbulkan spekulasi mata wang atau untung rugi yang tidak menentu,” katanya.

Beliau berkata keputusan lain yang turut dicapai dalam mesyuarat itu ialah mengharuskan umat Islam membuat pelaburan atau membuat simpanan melalui Skim Sijil Simpanan Premium (SSPM) yang dikendalikan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Katanya keputusan itu dibuat selepas jawatankuasa berkenaan berpuas hati dengan kaedah pelaksanaannya melalui taklimat yang disampaikan oleh pihak penal syariah Bank Negara pada muzakarah itu.

“Pada mulanya, kita meragui tentang kaedah pelaksaaan skim itu tetapi kita berpuas hati setelah sistem perniagaan melalui SSPN itu ditukar konsep Islam iaitu Mudharabah.” - Bernama

Sebelum keluarnya fatwa pengharam ni, ramai ustaz-ustaz yg pakar dalam bidang ekonomi Islam seperti Ustaz Zaharudin (boleh dikenali melalui laman blog Zaharuddin.net) membincangkan isu pengharaman Forex ni…

Saya dulu pun hampir2 terjebak dengan Forex, tapi tak jadi atas dasar halal haram… yang sedihnya, sebaik Ustaz Zaharudin menge’post’ tentang Haram Forex, ramai yang menghentam, dan ada yang mengeluarkan dalil sendiri (dalil Aqliah) untuk menghalalkan Forex..

Dalam salah satu forum terkenal di Malaysia ni, juga dibincangkan isu mengenai pengharaman Forex ni.. namun sekali lagi, isu ni dapat tentangan hebat dari Otai-otai Forex,, Malah mereka berhujah “kenapa syarikat-syarikat perjudian lain seperti Genting Casino, Magnum, Toto tak diharamkan…yang tu lagi haram..” ada yang berkata, isu pengharaman ini mempunyai agenda dan berkepentingan.. ada juga yang merendah-rendahkan ke’kredibiliti’an ahli-ahli panel majlis fatwa kebangsaan, mengatakan mereka tidak berbincang dengan pakar Forex terlebih dahulu… Ada juga yang mengugut akan memangkah kerajaan alternatif….. Ada juga yang cuba mempromosi “Forex Halal”..  Ada juga yang berkata “kalau yakin (halal)-buat,, tak yakin (halal)-stop,,” (lebih kurang dengan ayat”kalau yakin butter (yang ada DNA babi) halal-makan, kalau tak yakin-jangan makan..” Ada juga yang secara sinis menyatakan “akan berhenti main forex kalau ada sesiapa yang bagi duit kat hamba Allah ni untuk dia langsaikan semua hutang dia…” Dan Macam-macam lagi lah…

Cuma satu yang saya terfikir, hebat sangatkah mereka ni nak berjuang melawan sesuatu yang telah diputuskan oleh mereka yang ‘Alim dalam hal-hal ekonomi Islam..? Dalil apa yang mereka ni semua nak pakai..?

Leave a Comment more...

lambakan guru sains & matematik.. Apa puncanya?

by admin on Feb.08, 2012, under Umum, isu

lambakan guru S&M3 ni jadi sebab kurang murid.. Persoalannya kenapa..?

Pendapat saya, ada kaitannya dengan industri hiburan tanah air kita sekarang… Mentaliti budak-budak & remaja sekarang, tak mengapa kalau tak pandai, janji pandai nyanyi.. Berapa banyak pertandingan nyanyian, kononnya cungkil bakat jadi bintang, paling malang, peringkat kanak-kanak pun ada pertandingan nyanyian.. Apa dah jadi dengan cita-cita budak-budak ni? Dulu cita-cita nak jadi doktor, jurutera, juruterbang, sekarang entah ke mana… Bila budak-budak sekarang lebih sukakan hiburan, belajar jadi 1 perkara yg membosankan..

Yang saya amati sekarang, pelajar sekolah rendah diajar dengan teknik menulis sifir 1-9 dgn corak tertentu yang dinamakan “lattic method”… Saya tidak begitu suka dengan teknik ni kerana ia hanya galakkan pelajar utk ingat “cara tulis sifir” shj, bukan ingt sifir tu sendiri.

lattic method untuk susunan nombor sifir. tak lengkap lagi, cuma bayangkan menulis benda ni untuk ingat sifir.. anda sanggup??

Ini yg berlaku kpd adik2 saya darjah 4 dan darjah 6.. Setiap kali hendak buat kerja sekolah, dia pi buat “corak sifir” dulu pastu baru buat kerja sekolah.. nombor yang disusun cantik tapi perlukah nombor-nombor begini ditulis berulang kali..? dalam buku latihan matematik adik saya, 5 helai kertas, depan belakang, penuh dengan method ni, satu page boleh tulis dalam 6 lattic method.. kalau 5 helai depan belakang mukasurat?? nak kata adik saya ingat sifir matematik? haramm tak ingat.. penat menulis je.. buang masa budak-budak.. benda ni secara tak langsung akan memupuk mentaliti pelajar supaya di”set” utk anggap matematik itu menyusahkan.. yang gambar tu pun saya buat pakai excel, memang la cepat, kalau menulis..??

Ada cara yg lebih seronok utk bagi pelajar ingat sifir dgn laju.. Caranya seperti cikgu tusyen saya thun 1996 buat dulu (sy darjah 6)..
1. Semua pelajar berdiri.
2. Pilih 1 pasangan pelajar (better laki & pompuan).
3. Ajukan soalan sifir dgn pantas!
4. Siapa dpt jawab dulu dgn betul & pantas, boleh duduk..
Dengan cara ni, pelajar yg asyik kalah @ lambat jawab sifir akan rasa “tercabar” dan akan hafal sifir dgn minat sekali…
Tak perlu kaedah “lattic method” atau apa2 method yang buat pelajar jd lembab sifir..
Kurangnya pelajar yg minat sains & matematik, dikhuatiri negara kita akan jadi seperti zaman arab jahiliyah,, pandai berpuisi, menyanyi tapi bila empangan runtuh, tak tau nak bina balik..

-kalau ada silap, teguran amat dialu-alukan- Smile

Leave a Comment more...

sembang-sembang Astaka 2

by admin on Jan.21, 2012, under Umum

“SKT hang dapat dah?”


“dah..”


“brapa?”


“boleh la, tak tinggi sangat pun.. Standard k**** la.. Banyak potong.. Sampai kt orang atas, potong..”


“hang tau SKT *** brapa..? 73!”


“73?? Awat rendah sangat? Bukan lab m**** piagam 100%?”

“tu la yang pelik tu.. Depa tak buat keja ka.. Kalau tak buat takkan piagam bleh 100%..”

“sapa bagi markah kat ***?”

“kak ******..”

“hang tau alasan dia apa? *** asyik lupa..”

“lupa dapat SKT rendah? Bengong”

“yang sempoi apa tau, kak ****** bleh cakap kat ***,, ok la tu….”

“gila…”

“pastu dia mengadu kat ms.***, dia bagi naik sikit, jadi 75…”

“bengong, baik tak payah naik kan.. Buat sakit hati ja..”

“hang tau bomba, masuk keja pukul 8-5, SKT dah 90.. Kita kat sini.. Hm..”

“pergh,,”


“kita kat sini sembahyang lebih pukul 2 pun kena potong SKT..”

“siapa?”

“en.***..”

“yaka?”

“la, dia tu lagi teruk, sembahyang dalam bilik dia.. Tak penah tengok pun dia sembahyang kat surau…”

“kalau SKT depa bagi rasa macam tak adil, kita boleh buat aduan tau.. Sebab kita kan ada pegawai penilai pertama, penilai kedua..”

“kalau aku, aku adu terus kat pengarah..”

……….

Sewaktu nak bayar air:

“kita dah bayar dah duit, suruh repair wiring.. Tapi depa tak buat apa pun.. Dok trip macam ni lah.. Depa nak tunggu astaka ni terbakaq kot.. Bila dah terbakaq, senang depa buat bangunan lain, bagi cina masuk.. Sekarang ni yang beniaga kat sini semua melayu.. Kat mana lagi kan tempat orang melayu nak beniaga kat penang ni kalau semua tempat asyik bagi cina ja..”

“makcik, teh o panas 1..”

“seghinggit.. Terima kasih..”

Leave a Comment more...

Looking for something?

Use the form below to search the site:

Still not finding what you're looking for? Drop a comment on a post or contact us so we can take care of it!

Blogroll

A few highly recommended websites...

Archives

All entries, chronologically...